Masalah gangguan seksual di pejabat bukanlah perkara baru diperkatakan. Meskipun ada yang melihat ianya seperti gurauan namun ia boleh mengganggu emosi pekerja.
Malah, ada yang terpaksa bertahan dan menahan sabar kerana belum mendapat pekerjaan lain dalam masa yang sama gaji yang diperoleh agak tinggi.
Tetapi tahukah anda bahawa anda boleh dibuang kerja jika memanggil pekerja atau rakan sekerja dengan panggilan ‘sayang’ kerana ia dikategorikan sebagai gangguan seksual bukan fizikal.
Baru-baru ini seorang peguam @liyanathelawyer mendedahkan kes terjadi di Sarawak dimana majikan dipecat kerana memanggil setiausahanya ‘sayang’.
Kes tersebut dibawa ke Mahkamah Perusahaan kerana lelaki tersebut didakwa diberhentikan secara tidak adil hanya kerana beliau sering memanggil pekerjanya dengan panggilan ‘sayang’.
Menurut mangsa, lelaki tersebut sering memanggilnya dengan panggilan ‘sayang’ di khalayak ramai serta menerusi pesanan ringkas elektronik.
Selain itu, majikannya turut memintanya untuk membeli baju untuk makan malam syarikat dengan niat mahu setiausahanya kelihatan paling cantik pada majlis tersebut.
Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai setiausaha kepada lelaki terbabit kerap memegang tangannya serta memberi komen bahawa tangannya kasar serta membelikan losyen tangan kerana ingin kulit tangannya lembut.
Malah, majikannya itu tidak mahu pemandu mengambilnya di lapangan terbang dan meminta setiausahana menjemputnya sendiri dimana tugas tersebut merupakan di luar bidang kerjanya.
Boss yang telah dipecat ini telah cuba berdalih dan memberikan alasan kepada mahkamah bahawa panggilan ‘Sayang’ tersebut telah dibenarkan oleh setiausahanya dan menganggap bahawa setiausahanya adalah seperti anaknya sendiri.
Bagaimanapun, bukti sepanjang prosiding mahkamah menunjukkan sebaliknya bahawa setiausahanya tidak suka dan tidak selesa dengan panggilan itu.
Difahamkan, pada asalnya setiausaha ini telah resign kerana tertekan dengan tindakan gangguan seksual bossnya, namun hasil siasatan mendapati majikannya didapati bersalah di atas kesemua tuduhan berdasarkan saksi dan bukti-bukti yang kukuh.
Dalam pada itu, di akhir perkongsian tersebut turut mengigatkan pada para wanita jika anda adalah mangsa gangguan seksual di tempat kerja anda, sila laporkan ke HR secepat yang mungkin berserta dengan bukti yang kukuh.
SUMBER: Facebook