Panggung Wayang Pandu Masuk Kini Dibuka, Untung Orang Perak

Nampaknya wayang pandu masuk di negara ini telah pun dibuka dan bagi mereka yang tak tahu lagi, ia terletak di Ipoh, Perak. Lokasi tersebut dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive, yang terletak di Downtown Meru.

BACA: 102 Hari Tak Berjumpa, Video Ibu Dan Anak Ini Buat Netizen Rindu Keluarga

Casuarina Sini-Drive mempunyai kapasiti boleh memuatkan sebanyak 70 kenderaan pada satu-satu masa itu adalah inisiatif Perak Corporation Berhad (PCB).

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, beliau berharap agar pengenalan pawagam ini dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Perak yang terkesan teruk ekoran pandemik COVID-19 selain dapat menghidupkan lagi aktiviti pelancong yang datang ke Ipoh.

Kami kongsikan beberapa fakta ringkas yang perlu anda tahu sebelum ke sini:

+ Tempahan tiket tayangan filem yang dikenakan bayaran antara RM36 hingga RM42 bagi setiap kenderaan dengan set snek serta minuman secara dalam talian di laman web www.sini-drive.com.my.

+ Pawagam di sini menayangkan filem pelbagai genre termasuk filem aksi dan Bollywood

+ Waktu operasi bermula 8 hingga 1q malam (Isnin tutup)

+ Mempunyai skrin berkeluasan 6×18 meter

+ Penonton akan tune radio mengikut frekuensi yang diberikan jadi audio tayangan filem berkenaan dapat didengar terus dari radio kenderaan masing-masing

Selain itu, jika wayang pandu masuk ini mendapat sambutan, berkemungkinan ia akan dibuka di Kuala Kangsar dan Kampar.

Jadi, apa kata orang Perak? Adakah anda teringin mencuba pengalaman baru ini?

Sumber: BH Online / faizalazumu