Sejak semalam tular di media sosial dan menjadi bualan hangat dikalangan netizen mengenai serangkap pantun yang dikongsikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Pantun yang ditulis berbunyi,”Apalah guna berkain batik, Kalau tidak memaki capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk bawang.”
Bagaimanapun, pantun tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan pantun berkenaan seksis dan cuba untuk merendahkan kamum wanita.
Aku rasa ini antara pantun bersifat misoginis/seksis menghina perempuan yang wajar dikaji semula penggunaannya.
— The ZΛCH (@ibnzakuan) October 15, 2020
Malah, ada netizen mempersoalkan pantun tersebut serta bertanyakan adakah wanita perlu bersiap sedia untuk ‘menumbuk sambal’ sebelum layak digelar sebagai isteri.
I'm sorry, but are we living in 2020 or the stone age? Am i supposed to go purchase a set of pestle and mortar to menumbuk sambal in preparation for when I get married? To show that I'm a good wife? I thought that we weren't confining women to set roles (ie in the kitchen).
— Jacalyn K (@Jacalyn_Kow) October 15, 2020
Pantun itu juga turut mendapat perhatian ahli politik di Malaysia, Muhammad Bakhtiar, Ahli Parlimen Balik Pulau yang turut bersetuju bahawa pantung berkenaan bersifat seksis.
Maaf DBP pantun ini bersifat patriaki dan seksis pada pandangan saya. Adakah wanita diharap pandai menumbuk sambal lebih dari tugas lain. Tentunya tidak. https://t.co/owIPcNA6Va
— Muhammad Bakhtiar (@bakhtiarm) October 15, 2020
Bagaimanapun, ada beberapa netizen tampil mempertahankan DBP serta membetulkan keadaan bahawa pantun tersebut tidak boleh diambil secara terus, ia perlu difahami juga bersama dengan maksud.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat pantun itu adalah nasihat buat lelaki dan bukannya untuk memburukkan kaum wanita.
https://twitter.com/IniAlannn/status/1316912568481533953
Meskipun ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan pantun tersebut, namun ia terpulang pada perspektif masing-masing. Malah, isu tular itu sekaligus membuktikan bahawa masyarakat mula peka dengan budaya lama kita.