Parodi Engku Emran Lamar Nabila Buat Netizen Berdekah

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai perkahwinan Engku Emran dan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila.

Lebih menjadi perhatian apabila ramai tidak tahu pasangan itu menjalin hubungan cinta apabila tular video romantis Engku Emran melamar Nabila di atas belon panas.

Namun, tular satu lagi video di TikTok apabila sepasang suami isteri turut membuat parodi video lamaran itu.

Bagaimanapun, video tersebut ternyata berjaya membuatkan netizen berdekah apabila si suami sempat menyelitkan adegan plot twist di hujung rakaman.

Mana tidaknya, ayat tertera pada kerta itu bukan ‘NIKOH JOM’, tetapi ‘MASAK NASI KEJAP BOLEH? ABANG LAPAR NI’.

Perkongsian tersebut ternyata membuatkan netizen terhibur. Malah, ada yang mengatakan lebih lucu apabila si suami memakai tuala menggantikan selendang dibalut pada leher Engku Emran.

SUMBER: TikTokĀ