Sejak semalam, tular video di media sosial memaparkan seorang pensyarah memarahi seorang pelajarnya ketika kelas online sekaligus menimbulkan kemarahan netizen.
Menerusi video dikongsikan, seorang pelajar menjawab soalan yang dikemukakan, namun secara tiba-tiba pensyarah itu bertanyakan mengenai peranti yang digunakan pelajar itu.
Pelajar itu kemudian menjawab dia menggunakan telefon bimbit kerana tidak mempunyai komputer.
Bagaimanapun, pensyarah wanita berkenaan tiba-tiba meradang serta bertanyakan mengenai hal keluarga pelajar berkenaan sehingga mengeluarkan kenyataan seolah merendahkan golongan B40.
Malah, pensyarah itu turut meminta pelajar berkenaan meminta bantuan kakaknya untuk menggadai barang kemas untuk membelikannya komputer berharga RM800.
Video itu turut tular di laman Twitter dimana netizen memuat naik video berkenaan serta mengatakan rasa terhina dengan kenyataan pensyarah itu.
Kata netizen lagi, tidak semua lahir dari keluarga senang. Kata netizen lagi, usaha pelajar itu serta memberi respon ketika dalam kelas menunjukkan ada semangat untuk belajar.
Dalam pada itu, ada netizen mengatakan golongan B40 bukan tidak mahu fikirkan tentang pelajaran tetapi ada yang berdepan hidup sukar sehinggakan makan pun tiada duit, apatah lagi membeli komputer.
Sementara itu, sebentar tadi Majlis Perwakilan Pelajar UiTM mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut menyifatkan tindakan pensyarah berkenaan adalah di luar norma serta tidak beretika terhadap seorang pelajar.
Menurut kenyataan itu, tindakan pensyarah berkenaan menghina dan memperlekehkan golongan B40 adalah tidak wajar.
Malah, pihak MPP UiTM juga turut mendesak pengurusan tinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan wajar kerana pensyarat tersebut telah merosak imej universiti.
SUMBER: TikTok