Pasangan Gaduh Di Tengah Lebuh Raya Dalam Hujan, Netizen Samakan Dengan Drama Pukul 7

0
8495

Baru-baru ini tular video di media sosial yang dimuat naik di aplikasi TikTok memaparkan pasangan berdrama di tengah jalan sebuah lebuh raya.

Menerusi video dimuat naik oleh @Boyy_tayar itu, pasangan itu dipercayai sedang bergaduh dan lelaki tersebut sedang memujuk kekasihnya yang sedang dalam keadaan emosi.

Dalam keadaan hujan, dapat dilihat lelaki itu cuba memeluk wanita untuk menenangkan berkenaan namun dielak.

Tidak dapat dipastikan hubungan antara lelaki dan wanita berkenaan, namun pengguna yang memuat naik video itu mendoakan agar urusan pasangan itu dipermudahkan.

Diruangan komen, rata-rata netizen membuat pelbagai andaian. Tidak kurang juga, ada yang menyamakan kejadian berlaku itu seperti drama pukul 7 yang disiarkan di kaca televisyen iaitu 7 Hari Mencintaiku 3. Apa pun diharap pasangan itu baik-baik sahaja.

SUMBER: TikTok