Pasangan Ini Sempoi ‘Candlelight Dinner’ Di Kedai Mamak Buat Netizen Terhibur

Kebiasaannya kalau pasangan bercinta mesti nak makan dekat restoran mahal, fancy dan menawarkan pemandangan yang menarik. Namun, berbeza dengan pasangan kekasih ini yang meraikan hari jadi dengan menikmati candlelight dinner di kedai mamak sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Momen luar biasa itu dikongsikan oleh Restoran Aliff menerusi Facebook mereka yang memuat naik gambar pasangan berkenaan sedang menikmati hidangan makan malam penuh romantik.

Apa yang menjadi perhatian adalah pasangan itu dihidangkan dengan menu istimewa iaitu roti canai KLCC. Malah, si gadis juga turut menerima sejambak sayur-sayura yang dihias menjadi seakan-akan bunga.

Difahamkan, candlelight dinner itu merupakan prank yang telah dirancang oleh rakan pasangan kekasih tersebut sempena hari jadi rakannya itu.

Apa yang pasti, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan ianya sesuatu yang ‘rare’ serta melucukan. Malah, ramai yang memuji pasangan itu sangat sempoi dan tidak marah dengan prank yang dilakukan.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan si gadis seorang yang sangat bersederhana dan mengatakan masih ramai lagi wanita diluar sana yang tidak mementingkan kemewahan.