Peguam Ini Kongsi Kisah Benar, Suami Bagi Nafkah RM5 Sebulan

Tugas sebagai seorang suami wajib menyediakan isteri makanan, pakaian, tempat tinggal serta perkara asas yang lain. Namun, bagaimana pula dengan soal nafkah isteri?

Baru-baru ini, seorang peguam dikenali sebagai Surianti Ghani berkongsikan kisah benar rumah tangga dimana suaminya hanya memberikan nafkah sebanyak RM5 sebulan buat isterinya.

Malah, turut dikongsikan paparan transasi bank sebagai bukti menunjukkan isteri hanya menerima RM5 sebulan.

Bukan sahaja tidak memberikan nafkah secukupnya, malah barang dapur dan sewa tempat tinggal juga dibayar oleh isteri. Sudahlah tidak beri nafkah, tugas sebagai ketua keluarga juga diculas.

Lebih mengejutkan, nafkah untuk isterinya dinaikkan sedikit sebanyak RM10 pada bulan Ramadan. Perkongsian peguam itu mendapat pelbagai reaksi yang terkejut dengan jumlah yang diberikan si suami sememangnya tidak masuk akal.

Kata netizen lagi, sememangnya jumlah nafkah diberikan mengikut kemampuan namun mempersoalkan tanggungjawab sebagai suami jika lepas tangan tentang kewajipan mereka menyediakan makan minum serta tempat tinggal.

SUMBER: Facebook Suriati Ghani