Seorang bapa sepatutnya menjadi pelindung terutama pada anak perempuan. Bagi anak perempuan hanya bapa mereka sahaja merupakan insan bernama lelaki yang boleh dipercayai dan menjadi pembela mereka.
Baru-baru ini, seorang peguam syariah Fatihah Azzahra berkongsikan kisah benar dimana seorang bapa berusia 40an terlanjur sehingga menghamilkan anak sendiri berusia 20an dan dikatakan berbuat demikian kerana suka sama suka.
Lebih mengejutkan, apabila diketahui oleh isteri yang juga ibu kandung kepada anak tersebut, dia sanggup berkorban agar diceraikan supaya suami dan anaknya dapat berkahwin.
‘Pengorbanan’ si ibu adalah untuk bayi yang dikandung anaknya supaya dapat berbin atau berbintikan dengan bapanya yang juga bekas suaminya. Anak beranak itu akhirnya berkahwin menggunakan khidmat sindiket perkahwinan oleh warga asing.
Namun apabila melibatkan urusan pendaftaran kelahiran anak, Jabatan Pendaftaran Malaysia tidak meluluskan untuk berbin atau bernintikan kepada bapanya kerana perlu rujuk di mahkamah untuk tentukan nasab bayi berkenaan.
Peguam itu turut berkongsikan, apa yang menyedihkan apabila si anak mempersoal mengapa anak tidak boleh guna nama suaminya (bapa kandung) sedangkan mereka sudah berkahwin.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan kisah dikongsikan itu serta mempersoalkan ibu bapa yang seolah tidak kisah dengan hukum agama sedangkan ianya pengetahuan asas.
Tidak kurang juga, ramai yang bimbang dengan dunia sekarang yang semakin membimbangkan apabila perkara halal haram ditolak sedangkan ibu bapa sepatutnya menjadi pendidik anak-anak.
SUMBER: Facebook Nur Fatihah Azzahra