Peguambela Siti Bainun: Tiada Bukti Perubatan Bella Cedera Makan 1,280 Cili Padi

Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai kes penderaan terhadap remaja Sindrom Down iaitu adik Bella dan kes tersebut masih di bawah siasatan.

Sebelum ini, seorang saksi bernama Yasmin ada memberitahu adik Bella telah diberi makan cili padi sebanyak 1,280 biji oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun, namun didakwa sebagai pembohongan terbesar.

Memetik laporan Malaysia Gazette, peguambela Siti Bainun, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor berkata, tidak ada laporan perubatan daripada doktor menunjukkan Bella telah diberi makan cili dan mengalami kecederaan dalaman akibat memakan cili yang banyak.

Saksi memberitahu mahkamah bahawa dia sama sekali tidak semasa menipu ketika memberi keterangan berkaitan perkara itu.

Peguam turut bertanyakan adakah dia tahu atau tidak jika makan cili sebanyak itu boleh menyebabkan perut rosak dan serta heart burn.

Saksi yang menjawab pertanyaan tersebut dengan berkata ‘tidak tahu’.

Sebelum ini, Yasmin memberitahu mahkamah Bella telah dipaksa makan 20 biji cili padi beberapa kali seminggu selama berminggu-minggu oleh Siti Bainun.

Sebelum perbicaraan berhenti rehat, peguambela Aminahtul Mardiah mendakwa Yasmin telah melakukan 30 penipuan kepada mahkamah. Bagaimanapun Yasmin menafikan semua dakwaan bahawa dia telah memberi keterangan palsu.

SUMBER: Malaysia Gazette