Pejabat Peguam Negara: Neelofa & Suami Tidak Dikenakan Kesalahan Rentas Negeri

0
9441

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai selebriti popular, Neelofa dan suaminya, PU Riz didakwa di mahkamah berhubung perlanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Bagaimanapun timbul persoalan netizen apabila pasangan itu didakwa atas pertuduhan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera serta tidak memakai pelitup muka dan bukan atas kesalahan rentas negeri.

Terbaru, Pejabat Peguam Negara membuat keputusan untuk tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap selebriti pasangan itu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kajian dan keterangan yang diperoleh berhubung kes berkenaan.

“Isu rentas negeri membabitkan Neelofa dan suaminya tidak dibawa ke mahkamah selepas mengambil kira kajian dilakukan Pejabat Peguam Negara. Kajian dan keputusan itu telah dibuat terlebih dulu berdasarkan keterangan yang ada,” katanya.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz mengaku tidak ebrsalah terhadap semua pertuduhan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000. Mahkamah kemudian menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan semula kes.

SUMBER: BH Online