Pelajar Ditengking Sebab Tak Bawa Kad Matrik, Pengawal ‘Rempit’ Dikecam

0
15743

Baru-baru ini tular video di laman Twitter memaparkan seorang pengawal meminta kad matrik dari seorang pelajar menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Menerusi video dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai @wanehsan itu menjadi bualan dimana ramai yang kurang senang dengan tindakan pengawal yang seolah tidak mempunyai adab.

Difahamkan, pengguna itu berkata pengawal itu dipercayai dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Bagaimanapun, pelajar itu mengakui kesalahannya tidak membawa kad matrik bersamanya ketika keluar dari kawasan kampus.

Namun, apa yang dikesalkan cara pengawal itu menegurnya dengan menengking-nengking sedangkan boleh sahaja bercakap dengan cara elok.

Pengguna yang memuat naik video itu turut kesal dengan peraturan pihak pengurusan yang meminta pelajar untuk menunjukkan kad matrik sebelum jam 10 malam.

Ujarnya lagi, kawasan universiti berkenaan merupakan tempat terbuka dan membolehkan orang awam untuk keluar masuk.

Pengguna itu turut menasihati pelajar pusat pengajian itu supaya tidak sewenangnya memberikan kad pengenalan, lesen atau dokumen yang mempunyai identiti kepada orang lain.

Malah, jika diminta untuk berbuat demikian mereka boleh menunjukkan Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Perkongsian pengguna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan pengawal itu. Malah, ada yang menggelarkannya pengawal ‘rempit’.

Dalam pada itu, ada yang berkongsikan mereka juga berdepan pengalaman sama dan situasi tersebut berlaku di mana-mana universiti.

Sementara itu, ada netizen mempersoalkan mengapa tidak membawa kad matrik kerana ianya seperti kad pengenalan buat pelajar untuk berada di dalam kolej. Kata netizen lagi, pengawal itu hanya menjalankan tugas sahaja.

Perkara itu turut mendapat perhatian MPP USIM yang telah pun membawa isu tersebut kepada Jabatan Keselamatan USIM.

Menerusi perkongsian itu pihak MPP juga turut mengingatkan kepada para pelajar supaya membawa kad matrik sepanjang berada di kawasan pusat pengajian.

SUMBER: Twitter