Pelajar Farmasi Dikecam Perli Couple Belum Halal Beli Pil Cegah Hamil

Tidak dinafikan ramai anak muda menggunakan platform seperti TikTok untuk menyampaikan mesej baik kepada orang ramai.

Namun, jika tersilap langkah buruk padahnya. Baru-baru ini tular video dipercayai pelajar kolej memuat naik video menyindir pasangan yang belum halal membeli pil cegah kehamilan Postinor.

Seperti sudah dijangka tindakan pelajar itu mengundang kecaman netizen yang seolah menghakimi wanita yang mahu membeli pil cegah hamil.

https://twitter.com/glowinputaaa/status/1486255611906265094?

Video itu turut tular di laman Twitter sehinggakan ada yang tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika bertemu dengan ahli farmasi seperti mereka.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat tindakan tersebut melanggar etika sebagai pegawai perubatan kerana tidak semua yang membeli pil itu merupakan pasangan yang belum berkahwin.

SUMBER: Twitter Glowinputaaa