Tidak dinafikan bukan mudah untuk ibu bapa apabila anak-anak mengikuti kelas secara online apatah lagi bermacam dugaan dihadapi mereka apabila berada di rumah.
Malah, anak-anak juga sukar untuk bangun awal pagi memandangkan tidak perlu bersiap seperti hendak ke sekolah seperti biasa.
Namun, berbeza dengan pelajar-pelajar ini teruja dan semangat untuk bangun pagi untuk mengikuti kelas bahasa Inggeris. Mana tidaknya, guru mereka adalah pelakon suara BoboiBoy, Nur Fathiah Diaz.
Menerusi Twitter, tular video oleh seorang wanita yang berkongsikan video kelas PdPR anaknya bersama Nur Fathiah. Katanya lagi, anaknya tiada masalah untuk bangun awal pagi kerana semangat menyertai kelas tersebut.
Bila teacher english ko pelakon boboiboy pdpr 8 pg pon takde hal.. pic.twitter.com/rm9FpDdSZY
— Syikin Kadir (@KadirSyikin) May 20, 2021
Katanya lagi, bukan sahaja anaknya semangat dengan suara watak animasi popular itu, malah dia juga turut teruja.
Dalam video tersebut, Fathia yang kini bertugas sebagai seorang turut menunaikan permintaan anak muridnya untuk membuat suara BoboiBoy.
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja serta mengatakan mereka juga ada bersemangat jika berada di tempat pelajar-pelajar berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang berseloroh mahu menyertai kelas tersebut untuk mendengar suara BoboiBoy. Kalau dapat cikgu macam ni, memang terus semangat nak bangun pagi.
SUMBER: Twitter