Pemandu Axia Kantoi Riba Pasangan, Netizen Tanya Buat Apa Tu

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video di media sosial memaparkan pemandu kereta Perodua Axia dilihat sedang meriba seorang wanita ketika memandu.

Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @anchaleejaidee1. Menerusi video tersebut, mereka dilihat sedang berpelukan dan tindakan tersebut cukup berbahaya.

Tindakan tersebut boleh mengakibatkan kemalangan dan situasi tersebut sama seperti ibu bapa meribakan anak ketika memandu.

Walaupun video berkenaan tidak begitu jelas, namun dapat dilihat wanita berkenaan sedang berbaring diatas paha pemandu sekaligus mengundang persepsi tidak baik dalam kalangan netizen.

 

“Orang zaman sekarang ini jenis tak ada maruah dah, atas jalan pun jadi kerja. Dok buat apa tuuu… dan la bagi sampai tumah dulu…” tulis pengguna TikTok berkenaan

Tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai kejadian itu, apa pun diharap berhati-hatilah ketika di jalan raya bimbang tindakan tersebut boleh membahayakan pemandu lain.