Pemandu E-Hailing Tawar Bayaran RM200 Ajak Gadis ‘Main Tidur’ Undang Kemarahan Netizen

Tidak dinafikan perkhidmatan e-hailing sememangnya memudahkan ramai kerana pengguna boleh menempah sahaja dan akan tiba di depan rumah. Namun, penumpang wanita perlu berwaspada kerana bahaya ada dimana-mana sahaja.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang gadis bernama Isma Dalilah di laman Twitter yang berkongsikan pengalamannya menjadi mangsa gangguan seksual ketika menggunakan kidmat e-hailing.

Menerusi perkongsian itu, Isma berkongsikan video rakaman suara pemandu lelaki itu yang mangajaknya untuk ‘main tidur’ bersamanya.

https://twitter.com/IsmaDalilah/status/1496403425634189316?

Lebih menjijikkan, lelaki itu didakwa berkali-kali mengajaknya untuk melakukan perkara tersebut dengan bayaran RM200.

“You mahu main? Saya bayar you. Saya bayar you RM200 boleh?” kata pemandu itu.

Difahamkan, gadis itu dalam perjalanan untuk ke tempat kerja dan tidak menyangka lelaki yang agak berusia itu mengajaknya untuk melakukan perbuatan tidak senonoh.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan syarikat e-hailing berkenaan berhubung kes tersebut.

Kata Isma lagi, dia sudah membuat laporan kepada syarikat berkenaan dan membuat laporan polis demi keselamatannya diri.

Syarikat e-hailing itu turut memberi maklum balas dimana tindakan telah diambil kepada pemandu berkenaan dan akaunnya telah digantung untuk siasatan.

SUMBER: mStar