Pemandu Kereta Jenama H Buat Perangai, Lari Lepas Langgar Kereta Lain

Meskipun kita peka setiap kali memandu dan tidak melanggar undang-undang jalan raya namun dek kerana sikap tidak beranggungjawab pemandu lain kita boleh menjadi mangsa kemalangan.

Pagi tadi tular satu rakaman video dashcam kejadian langgar lari selepas tol Batu 9 berhampiran Sri Raya Cheras malam semalam.

Insiden itu menyebabkan sebuah Proton Saga hilang kawalan dan hampir melanggar penghadang jalan selepas dihentam sebuah kereta Honda City yang datang dari lorong tengah.

Menurut pemandu Proton Saga dikenali sebagai @likweis itu, Honda City berwarna biru bertindak memecut ke hadapan namun melanggar sisi hadapan keretanya sehingga cermin sisi sebelah kiri keretanya tercabut.

Meskipun terkejut selepas dilanggar, dia cuba mengejar Honda City berkenaan untuk beberapa kilometer namun tidak berjaya kerana pemandu berkenaan memecut laju.

Katanya lagi, dia tidak dapat melihat nombor plat Honda City berkenaan kerana rakaman dashcam miliknya kurang jelas serta meminta bantuan orang ramai yang mungkin menyaksikan kejadian tersebut.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan kawasan berkenaan sememangnya bahaya kerana ramai yang memandu laju kerana jalan tersebut luas.

Sementara itu, ada yang mencadangkan untuk mendapatkan rakaman video CCTV daripada plaza tol berkenaan untuk mengesan pemandu Honda City itu.

SUMBER: Twitter Likweis