Kehidupan di atas muka dunia ini penuh dengan dugaan dan macam-macam lagi rintangan apatah lagi di musim Covid-19 ini.
BACA: KKM: Wanita Berpurdah Wajib Pakai Pelitup Muka
Melalui laporan Malaysiakini, dua pembantu kedai warganegara Indonesia telah dipenjara selama 5 hari kerana tidak memakai pelitup muka selain bekerja melebihi waktu yang dibenarkan.
Pembantu kedai makan dipenjara kerana tak pakai pelitup muka, kerja lebih had masa https://t.co/paakgwQ6g1
— Malaysiakini (BM) (@mkini_bm) November 2, 2020
Menerusi laporan tersebut, ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen yang menyifatkan terdapat jurang perbezaan di antara rakyat biasa dan mereka yang berpengaruh.
Sementara itu, baru-baru ini Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sekali lagi menjadi perhatian apabila tidak memakai pelitup muka ketika bertemu dengan beberapa warga emas.
PAS MP Nik Abduh defended Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali, who came under fire for not wearing a face mask in public.
"It is good he did not wear one. He showed us the difference between crowded places where the mask is required & non-crowded places where it's not required." pic.twitter.com/Agbn6rHsLi
— BFM News (@NewsBFM) November 2, 2020
Sehingga kini tiada apa-apa tindakan yang dilaporkan. Sebelum ini Menteri yang sama turut dikenakan denda RM1,000 kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin wajib.
Sebagai rakyat biasa, apa sangatlah yang mampu dilakukan selain daripada terus berusaha untuk rezeki hari esok. Semoga rakyat biasa kekal tabah dalam mengharungi hari-hari sukar sepanjang Covid-19 ini melanda.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.