Pemilik Alamat ‘Rumah Depan Pokok Serai’ Mohon Maaf, Akui Menyesal Sebab Biadap

Baru-baru ini tular gambar satu parcel yang memaparkan alamat sebuah rumah dengan nota biadab sekaligus mengundang kecaman netizen.

Pada alamat parcel berkenaan, tuan rumah itu menulis nota berbunyi “kalau bodoh tengok maps, jangan jadi rider” buat penghantar barangan.

Susulan nota tersebut, rata-rata netizen mengecam tuan rumah berkenaan serta menuduhnya seorang tidak beradab.

Bukan itu saja, alamat rumah individu berkenaan di Google Maps juga telah diubah dengan perkataan tidak baik.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook bernama Shahruddin Helmy, tuan rumah berkenaan telah pun menghubunginya dan membuat permohonan maaf di atas ketelanjurannya.

Tuan rumah itu turut menjelaskan dia berada dalam keadaan emosi disebabkan rider yang kerap tersalah hantar barangannya ke rumah lain.

Tambahnya lagi, dia benar-benar menyesal dengan tindakannya itu serta memohon maaf kepada semua pihak.