Peminat Bengang DOLLA Nyanyi Lagu BLACKPINK, Rupa-Rupanya..

0
33047

Sering dibandingkan dan didakwa meniru kumpulan popular daripada Korea Selatan iaitu Blackpink, kumpula Dolla bagaimanapun menafikan kononnya mereka meniru konsep kumpulan K-Pop tersebut.

Diberi peluang membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH) yang penuh berprestij semalam, bagaimanapun ramai peminat begang apabila Dolla persembahkan lagu kumpulan Blackpink dan bukan lagu mereka sendiri.

Malah, ramai peminat Dolla kecewa apabila kumpulan itu mempersembahkan lagu ‘Lovesick Girls‘ dari kumpulan K-Pop terkenal itu. Persembahan DOLLA malam tadi sekaligus membuatkan netizen kembali membanding kedua-dua kumpulan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mengkritik DOLLA yang sebelum ini mengatakan tidak meniru Blackpink dan menegaskan bahawa mereka mempunyai identiti sendiri tetapi menyanyikan lagu kumpulan tersebut.

Sedar perkara itu hangat diperkatakan, beberapa akaun peminat DOLLA di Twitter kemudian tampil berkongsikan penjelasan daripada salah seorang ahli kumpulan DOLLA mengenai perkara itu.

Ahli kumpulan tersebut iaitu Syasya menjelaskan pada awalnya mahu mempersembahkan lagu sendiri namun akur dengan permintaan penganjur yang menetapkan tema untuk malam semalam iaitu cover song.

https://twitter.com/dollafanbase/status/1327300733939576832?

Menjelaskan perkara itu menerusi sesi Instagram Live semalam, Syasya turut memohon maaf kepada para peminat kerana telah mengecewakan mereka.

“Saya tahu peminat kami sedih sebab kami tak bawa lagu Impikan. Saya minta maaf kepada semua, kami sudah cuba. Tapi tema pada malam itu ada lah cover song,” jelasnya.

Apa pun diharap peminat berpuas hati dengan penjelasan daripada ahli kumpulan DOLLA ini. Ramai yang nak tengok versi live lagu Impikan katanya.