Mulai esok, jangan terkejut jika beberapa produk Gardenia mempunyai harga berbeza berbanding sebelum ini. Ini kerana Syarikat Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd. (GBKL) menaikkan harga beberapa produk terpilih.
Sejak pagi tadi tular satu kenyataan dimana beberapa produk Gardenia mengalami kenaikan harga bermula dari 5 sen sehingga RM0.20 sen.
Antara produk yang terlibat Gardenia Squiggles, Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll, Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans.
Difahamkan kenaikan harga bagi seleksi produk ini didorong oleh kenaikan harga bahan mentah seperti serbuk koko, susu serta bahagian pembungkusan.