Peminat Teruja Dapat Salam MK Di Kursus Kahwin, Siap Tahu MK Pakai Perfume Apa

Umum mengetahui, baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai anggota kumpulan K-Clique iaitu MK apabila tular videonya menghadiri kursus kahwin.

Menerusi video itu, penyanyi tersebut dipanggil ke hadapan oleh penceramah untuk sesi latihan akad nikah.

Turut kedengaran apabila penceramah tersebut menyebut nama Siti Hajar Sheikh Nordin ketika ‘latihan’ akad nikah berkenaan.

https://www.tiktok.com/@mista_bryan801/video/7235102292159008008

“Muhammad Hairi Amin Hamdan. Aku nikahkan dan kahwinkan dikau dengan Siti Hajar Sheikh Nordin yang telah berwalikannya kepada aku dengan mas kahwin RM80 hutang,” sebut penceramah itu.

Kelihtan MK yang memakai kurta berwana putih hanya tergelak malu apabila peserta yang lain hadir pada kursus tersebut mengatakan ‘sah’.

Perkongsian video di TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang ‘patah hati’ apabila mendapat tahu MK dikatakan bakal berkahwin.

Turut menjadi perhatian komen seorang peminat mengatakan dia dapat bersalam dengan MK ketika kursus kahwin berkenaan serta mendedahkan bau minyak wangi dipakai penyanyi itu.