Pemuda Ini Sanggup Tak Hantar Assignment Demi Kejar Tarawih 20 Rakaat

Setiap kali bulan Ramadan, ramai tidak melepaskan untuk menunaikan solat Tarawih lebih-lebih lagi apabila memasuki 10 malam terakhir untuk mengejar dan mendapatkan ganjaran lailatul qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.

Jadi tidak hairan ramai yang akan sanggup berjaga sehingga lewat malam untuk mengejar malam istimewa itu.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pemuda ini di aplikasi TikTok mengenai rakannya yang sanggup mengejar untuk beribadah dari menghantar ‘assignment’ diberikan pensyarah.

Menerusi video dikongsikan, rakannya itu tersenyum apabila selesai menunaikan 20 rakaat solat tarawih meskipun tidak menyiapkan assignment yang diberikan.

Diruangan komen video itu, rata-rata netizen mengagumi pemuda itu yang mengutamakan ibadah berbanding hal dunia.

Tidak kurang juga, ada yang berseloroh berharap pemuda itu tidak dimarahi oleh pensyarah akibat. Melihatkan di ruangan komen, pemuda itu memberitahu rakannya sudah pun menyiapkan assignment berkenaan.

SUMBER: TikTok