Pemuda Terkejut Beli Barang Dapur, Harga Biji Sagu Sampai RM400

Setiap hujung bulan pasti kita akan membeli barangan dapur mengikut bajet masing-masing. Namun, pemuda ini berkongsikan kisahnya apabila jumlah barangan dapur dibelinya melebih bajet kebiasaan.

Lebih mengejutkan, jumlah yang dinyatakan dikatakan mahal dua kali ganda seperti kebiasaan.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, pemuda bernama Faiz Ibrahim berkata dia terkejut apabila jumlah barangannya mencecah RM900 sedangkan barang yang dibeli tidak semahal itu.

Namun, selepas melihat pada resit pembelian dia tergamam apabila harga biji sagu pasa asalnya berharga RM1.50 menjadi RM400.

“Hati-hati ketika membeli barang di Hypermarket. Selalu aku tengok orang kena, sekarang ni aku pulak yang terkena. Aku pergi haritu, lepas dah beli barang semua untuk mak aku, sekali tengok total RM890 macam tu.

“Aku tergamam kejap sebaba usuallu paling banyak belanja RM400 lebih je. Sebab aku duduk dengan mak aku, usually barang makan yang boleh tahan sekitar dua, tiga minggu.

Faiz berkata, meskipun tidak sedap hati dengan jumlah barangan tersebut namun dia tetap membayar harga berkenaan. Namun, selepas melihat pada resit harga biji sagu menjadi RM400.

“Cashier tu cakap, sebab awak beli banyak, sebab itu harga macam tu. Tapi aku still sangsi dan bayar je dulu. After bayar aku memang akan check resit semula.

“Lepas check punya check, rupanya biji sagu yang harga RM1.40 lepas scan jadi RM400. Gila bapak. Ini biji sagu Ayah Pin ke?,” ceritanya.

Menyedari kesilapan harga barangan tersebut, Faiz berkata dia segera melaporkan kepada bahagian perkhidmatan pelanggan pasar raya berkenaan untuk proses tuntutan semula wang yang dibayar.

Katanya lagi, perkongsian tersebut adalah untuk mengingatkan orang ramai supaya tidak ambil remeh serta mengamalkan tabiat memeriksa resit selepas melakukan pembelian.

“Kadang kala harga di barang lain, tapi lepas scan jadi lain. Biarlah orang nak kata kita berkira ke, kedekut ke, yang penting kita jangan bayar untuk barang yang kita tak beli atau barang yang harganya lain dari yang kita sangka,” katanya.

SUMBER: mStar Online