Penangan 7 Hari Mencintaiku, Anak Bagi ‘Amaran’ Pada Bapa

Boleh dikatakan drama 7 Hari Mencintaiku 2 menjadi fenomena ramai sehinggakan ianya trending dan hangat diperkatakan di media sosial. Malah, drama tersebut menjadi viral sehinggakan seorang kanak-kanak turut membahaskan tentang kisah terbabit.

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan memberi amaran kepada bapanya dek kerana menonton drama berkenaan. Kanak-kanak itu menegur bapanya supaya jangan marah-marah seperti watak dalam drama tersebut.

Menerusi perkongsian itu, kanak-kanak itu memakai baju sekolah berwarna ungu menceritakan antara babak yang terdapat dalam drama berkenaan pada awalanya.

Namun setelah bercerita kanak-kanak itu terus membebel kepada bapanya yang sedang memandu kereta dengan mengatakan,” Papa jangan macam tu…Papa kena cakap elok-elok dengan anak-anak dengan bini.”

https://twitter.com/ediengg/status/1293189953610866688?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1293189953610866688%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2020%2F08%2F12%2Fanak-membebel-dekat-bapak-gara-gara-drama-7-hari-mencintaiku%2F

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan telatah kanak-kanak tersebut. Malah, ada yang mengatakan kanak-kanak itu seperti watak Mak Leha.