Penat Fizikal & Mental Tersangkut Atas Jalan, Pekerja Rayu WFH Semula

Selepas dua tahun bergelut dengan pandemik, akhirnya negara kini sedang melalui ke fasa peralihan endemik dan banyak kelonggaran sudah diberikan.

Malah, pekerja juga sudah mula ke pejabat selepas 2 tahun bekerja dari rumah. Namun, lain pula jadinya apabila jalan raya sesak luar biasa.

Sejak minggu lalu, ramai yang merungut apabila tersangkut di jalan raya sehingga dua jam ketika ke kerja dan dua jam lagi untuk pulang ke rumah setiap hari.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna Twitter yang menjadi perhatian ramai dimana ramai pekerja yang membazir masa dan wang ke tempat kerja setiap hari.

Menerusi entri itu, pengguna itu turut berkongsikan kos perbelanjaan untuk ke pejabat dalam masa sebulan dimana sangat tinggi ditambah pula boleh menjejaskan mental serta fizikal.

Dalam pada itu, pengguna itu turut memberi cadangan meminta majikan dapat memberi kelonggaran kepada pekerja untuk memilih masa ada bekerja dari rumah atau di pejabat.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan cadangan tersebut. Namun ada yang berpendapat jika memberi kelonggaran pekerja bekerja dari rumah prestasi kerja mereka tidak sama seperti di pejabat.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan daripada marah majikan tidak benarkan bekerja dari rumah, mengapa tidak mencari rumah dekat dengan pejabat. Namun, ada netizen berpendapat ianya bukan keputusan mudah apatah lagi jika sudah berkeluarga.

SUMBER: Twitter & Beautifulnara