Sejak semalam tular video di media sosial memaparkan seorang remaja lelaki dimandikan seperti jenazah selepas kantoi mencuri tabung di sebuah masjid.
Menerusi video tersebut, remaja berkenaan yang memakai baju berwarna biru dibaringkan sambil dimandikan oleh seorang individu dipercayai merupakan imam masjid.
Tidak hanya setakat itu, remaja tersebut turut dilumurkan kapur barus dan wajahnya ditutup menggunakan sehelai kain untuk merasai bagaimana jenazah dimandikan
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dimana kejadian itu berlaku dan bila video tersebut dirakamkan.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripad netizen yang menyokong tindakan jemaah masjid berkenaan supaya dapat dijadikan pengajaran.
Namun, ada yang kurang senang serta mengecam tindakan tersebut yang disifatkan mengambil tindakan sendiri kerana sepatutnya melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Dalam pada itu, setakat ini masih belum ada penjelasan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian itu.
SUMBER: World Of Buzz