Penerima Dua Dos Vaksin Boleh Rentas Negeri, Ke Luar Negara

0
1739

Nampaknya ini merupakan berita baik buat rakyat Malaysia yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 dimana mereka akan dibenarkan merentas negeri serta dijangka boleh ke luar negera.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan kerajaan sudah berbincang dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke negara terbabit.

Bagaimanapun, mereka perlu memiliki sijil pengesahan bagi membuktikan sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, sekali gus menjadi ‘pasport’ untuk mereka bergerak.

“Kita sudah berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara untuk membenarkan sesiapa yang sudah mendapat dua dos suntikan merentas daerah, negeri atau ke sana ke sini, tanpa halangan pihak berkuasa.

“Malah dengan sijil itu juga, mereka boleh melakukan perjalanan ke Jepun, Shanghai, Hong Kong atau Jakarta,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menasihatkan rakyat supaya tidak bimbang untuk menerima suntikan vaksin berkenaan.

Beliau yang merupakan individu pertama negara menerima vaksin berkata tidak mengalami sebarang kesan terhadap kesihatannya.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan, vaksin itu selamat dan dijamin melindungi kita,” katanya.

SUMBER: BH Online