Penerima hati pertama negara, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23 tahun, yang sebelum ini dilaporkan kritikal sejak 13 Februari lalu meninggal dunia awal pagi tadi
Berita tersebut dikongsikan Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail yang juga penderma hati kepada Mohd Afiq Ikmal.
Mohd Afiq menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 5 pagi tadi akibat komplikasi hati.
“Berita kematian adik Afiq dimaklumkan kepada saya oleh bapa Allahyarham, pagi tadi,” katanya.
Jenazah sedang dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang dan akan dibawa pulang ke kampung bapa Allahyarham di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.
Terdahulu, Mohd Afiq Ikmal dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati, selepas 23 tahun menjalani pembedahan pemindahan hati.
SUMBER: BH Online