Pengantin 15 Tahun Viral Di Kelantan, Ada Netizen Sokong & Persoal Tanggungjawab

Benar apa dikata bahawa cinta itu tidak mengenal usia. Bagi setiap pasangan yang bercinta pasti mereka mahukan hubungan yang tercipta akan sampai ke jenjang pelamin dan hingga ke anak cucu.

Baru-baru ini, tular video perkahwinan pasangan muda di Kelantan yang menjadi bualan ramai netizen. Malah, rata-rata netizen terkejut apabila mengetaui pengantin perempuan baru sahaja berusia 15 tahun, manakala pasangannya berusia 17 tahun.

Tidak kurang juga ada yang bergurau mengenai rutin harian mereka selepas ini yang akan bersama-sama untuk ke sekolah.

Dalam pada itu, ada yang mempersoalkan perkahwinan pasangan itu adakah mereka sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri sedangkan masih di usia muda.

Kata netizen lagi, perkahwinan bukan hanya indah belaka tetapi perlukan komitmen dan tanggungjawab.

 

Meskipun ramai yang mempersoalkan, namun mereka mendoakan agar rumah tangga yang dibina akan kekal bahagia dan tabah menghadapi pahit manis sebagai pasangan suami isteri.

SUMBER: Tiktok