Pengantin Murung Di Hari Pernikahan, Tiga Jam Mekap Tak Sampai 10 Minit Dah Luntur

Setiap pengantin pasti impikan hari bahagia mereka berjalan dengan lancar dan tampil cantik di hari pernikahan.

Malah, ada yang sudah buat persiapan tiga bulan awal untuk mencari jurusolek yang boleh memberikan solekan seperti yang diinginkan pada hari perkahwinan.

Baru-baru ini tular perkongsian di aplikasi TikTok seorang pengantin yang meluahkan rasa sedih kerana solekan pada hari pernikahannya luntur.

Menurut wanita itu, jurusolek yang diupah mengambil masa tiga jam untuk menatarias wajahnya namun selepas 10 minit solekan pada wajahnya dikatakan luntur.

Menerusi video dikongsikan, dapat dilihat solekan tersebut luntur pada bahagian bawah mata dan dahi. Disebabkan itu, wanita itu berkata dia berada sedih dan hilang keyakinan diri di hari bahagianya itu.

Diruangan komen, wanita itu mengatakan wajahnya jenis kering dan cepat berpeluh. Malah, dia juga mengatakan tidak melakukan sebarang rawatan wajah tiga bulan sebelum majlis.

Dalam pada itu, ada yang bertanyakan supaya touch up semula solekan berkenaan namun wanita itu berkata semakin di ‘touch up’ semakin hilang.

SUMBER: TikTok Nuyinz