Penggemar Nasi Kandar Ini Dedah Maksud Sebenar ‘Surr’, Ramai Rakyat Pulau Pinang Tak Tahu?

Sebut saja menu nasi kandar, pasti ramai tahu hidangan tersebut sangat popular di Pulau Pinang. Boleh dikatakan rasa nasi kandar di tempat lain dengan Pulau Pinang berbeza.

Baru-baru ini, seorang penggemar nasi kandar dikenali sebagai Rahim Al Farasu membuka cerita mengenai ‘Surr’ yang tidak diketahui ramai. Perkara itu dikongsikan menerusi Facebook Nasi Kandaq Hunters.

Menurut Rahim perkataan ‘Surr’ atau Shann dipakai dikalangan pengamal ganja. Ujarnya, ‘Surr’ dikatakan telah digunakan dalam konteks makanan ketika zaman 90-an.

Katanya, ada sekumpulan pengamal ganja ketika itu berkata kuah nasi kandar telah dicampur dengan ganja dan disebabkan itu mereka yang makan akan rasa ‘feel’ lepas pekena nasi kandar.

Menjelaskan lebih lanjut, lepas makan nasi gambar kepala akan ‘high’ dan rasa mahu tidur selepas makan nasi kandar.

Namun, Rahim berkata bukan ganja digunakan dalam kuah nasi kandar tetapi kas kas digunakan sebagai rempah. Untuk pengetahuan anda, kas kas merupakan biji-bijian yang berasal dari bunga popi.

Katanya, lagi banyak kas kas digunakan dalam kari, lagi ‘Surr’ rasa. Rahim turut bertanyakan pasti ramai di antara anda pernah rasa mengantuk sampaikan perlu tidur selepas makan nasi kandar.

Rahim berkata itu la sebenarnya penggunaan ‘Surrr’ adalah disebabkan penangan makan nasi kandar. Namun, Rahim berkata penggunaan ‘Surr’ kini sudah menjadi perkataan untuk mentaksir kesedepan sesuatu makanan.

Untuk membuatkan netizen lebih faham mengenai perkataan ‘Surr’, Rahim berkata ia bermaksud rasa stim sehingga tak boleh nak angkat mata.

Kata Rahim lagi, masih ramai tidak tahu mengenai perkataan ‘Surr’ termasuklah rakyat Pulau Pinang sendiri kerana ia hanya popular di kalangan pengamal ganja sahaja.

SUMBER: Facebook Nasi Kandaq Hunters