Penghantar Makanan Dipukul Oleh Pelanggan, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

Sejak semalam tular di media sosial video memaparkan seorang penghantar makanan ditendang dan dipukul oleh pelanggan. Kejadian tersebut dikatakn berlaku di Pulau Pinang.

Video rakaman litar tertutup (CCTV) itu memaparkan seorang lelaki yang merupakan pelanggan secara tiba-tiba bertindak memarahi penghantar makanan berkenaan sebaik sahaja tiba di hadapan rumah.

Malah, pelanggan tersebut turut menendang di bahagian kaki serta menumbuk ke arah muka penghantar makanan berkenaan di kawasan rumah berhampiran Alma, Bukit Mertajam.

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1291398205171593217?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1291398205171593217%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fgempak.com%2Fartikel%2F39955%2Fapa-salah-dia-video-abang-food-delivery-ditendang-dipukul-cetus-kemarahan

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian jam 11.05 pagi semalam, pihak polis berkata insiden pukul itu berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap perkhidmatan penghantaran makanan yang dibuat mangsa.

Ia bermula apabila penghantar makanan tersebut dikatakan kekeliruan dengan alamat rumah yang diberikan dan kemudian menghubungi suspek untuk mengesahkan alamat rumah sebelum berjaya menemui rumah yang didiami suspek.

Bagaimanapun, suspek keluar dari rumah dan terus memarahinya. Suspek kemudian menghulurkan wang RM50 untuk membayar pesanan yang dibuatnya.

Namun keadaan menjadi lebih teruk apabila mangsa lambat memulangkan baki wangnya hingga menyebabkan suspek mengambil semula wang itu dan menyerahkan semula makanan yang dipesannya kerana sudah tidak mahu membelinya.

“Mangsa memaklumkan kepada suspek bahawa dia akan melaporkan pembatalan makanan terbabit kepada pihak syarikatnya lalu suspek mengambil semula pesanannya dan melemparkan wang di atas lantai.

“Seterusnya, mangsa juga meletakkan wang baki di atas lantai sebelum beredar tetapi suspek meminta mangsa mengambil kembali wang itu tetapi mangsa tidak mahu dan disebabkan itu suspek memukul serta menendang mangsa.

Tidak habis disitu, suspek juga dikatakan mahu menjatuhkan motosikal yang ditunggang mangsa dan mangsa mempertahankan dirinya dengan memukul suspek dengan topi keledar sebelum pertelingkahan itu dileraikan pemilik rumah.

Laporan juga memberitahu, suspek bukanlah pemilik rumah berkenaan tetapi hanya menyewa sejak lima bulan lalu dan semakan yang dibuat ke atasnya mendapati dia tiada rekod jenayah lampau.