Penghantar Makanan Langgar Lampu Merah Mengamuk Kena Hon, Siap Suruh Berhenti Ajak Gaduh

Mungkin kerana mahu menghantar tempahan pelanggan secepat mungkin, isu penghantar makanan melanggar undang-undang jalan raya dengan melanggar lampu isyarat merah bukan pertama kali diperkatakan.

Meskipun sudah banyak kali dibincangkan di media sosial demi keselamatan pengguna jalan raya, namun masih ada yang sesuka hati melanggar undang-undang.

Baru-baru ini tular video di laman Twitter dimana seorang penghantar makanan mengamuk selepas dihon pengguna jalan lain kerana melanggar lampu merah.

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1419328237767839750

Difahamkan kejadian itu berlaku di hadapan Hotel Impiana KLCC. Tidak puas hati kerana dihon, penghantar makanan tersebut memaki hamun dan meminta pemandu tersebut untuk berhenti.

Difahamkan, pemandu berkenaan tidak mengendahkan ‘provokasi’ yang dibuat oleh penghantar makanan itu dan terus ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk membuat laporan.

Malah, penghantar makanan itu dikatakan mengugutnya untuk memadan video berkenaan sebaik sahaja tiba di balai polis namun dia tetap meneruskan dengan untuk membuat laporan.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berang dengan tindakan penghantar makanan tersebut serta berkongsikan pengalaman mereka bergadapan situasi bahaya seperti itu.

Malah, netizen turut bersetuju dengan tindakan pemandu tersebut yang terus ke balai polis dan tidak melayan provokasi dilakukan rider berkenaan.

SUMBER: Twitter