Peniaga Di Shopee Jana Pendapatan Sekitar RM6,000 Sebulan

Boleh dikatakan ramai yang lebih memilih untuk membeli belah melalui atas talian atau online kerana harga ditawarkan lebih murah berbanding di jual di kedai. Ada saja tawaran setiap bulan sehingga membuatkan kita rambang mata.

Siapa sangka berniaga melalui atas talian boleh menjana pendapatan lumayan. Seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Shopee ini, peniaga di platform mereka mampu menjana pendapatan sekitar RM6,000 sebulan.

Lebih mengejutkan, sekitar 70.7 peratus peniaga baharu di Shopee terdiri daripada golongan muda yang berusia diantara 18 hingga 35 tahun, namun sudah mampu meraih pendapatan lumayan.

Kenyataan itu telah diperkukuhkan melalui tinjauan yang dilakukan oleh Shopee ke atas 11,850 peniaga tempatan di mana 5,406 adalah peniaga baharu yang dilahirkan oleh e-dagang.

Menerusi tinjauan tersebut, 45.6% merupakan peniaga tetap secara atas talian di platform e-dagang tersebut, sementara itu 35.4% adalah peniaga atas talian secara sambilan.

Penglibatan peningkatan peniaga pada platform ini turut didorong keadaan semasa ekonomi negara, di mana memperuntukan peningkatan permintaan pembelian secara talian yang tinggi.

Perkara itu sekali gus menarik minat para peniaga baharu, khususnya golongan wanita yang merangkumi 72% daripada jumlah 5,406 ini. Penglibatan mereka pada penjualan Shopee dianggarkan menjana purata pendapatan sebanyak RM3,950 sebulan.

Malah, sebanyak 13.3% peniaga baharu telah dicatatkan di kawasan luar bandar seperti Pontian, Johor, Kuala Nerus, Terengganu dan Kabong, Sarawak dengan kadar pendapatan dianggarkan sekitar RM3,200.

Menurut Pengarah Urusan Shopee Malaysia Ian Ho, melihat pada aliran semasa, penglibatan peniaga secara terus dapat memenuhi keperluan pengguna. Terdapat sebilangan penjual yang turut menyasarkan potensi jualan pada 11.11 ini akan meningkat sehingga lima kali ganda.

SUMBER: Ringgit.com