Penjaga Gol Harimau Malaya Jadi Perhatian Ramai, Kacak Macam Pelakon Thailand

Selepas 42 tahun, Malaysia layak ke pentas Piala Asia 2023 selepas menewaskan Bangladesh 4-1 di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Selain jurulatih pasukan Harimau Malaya menjadi perhatian, penjaga gol, Syihan Hazmi yang menggalas tanggungjawab yang biasa dipegang Farizal Marlias turut menjadi bualan ramai.

Mana tidaknya, di media sosial rata-rata penyokong wanita terpegun dengan wajah kacak pemain berusia 26 tahun itu.

Tampil terbaik malam tadi, pemain kelahiran Kelantan dengan ketinggian 1.85 meter itu ternyata tular di media sosial kerana dikatakan seperti pelakon Thailand.

Namun, pasti ramai gadis-gadis kecewa kerana pemain itu sudah pun berkahwin dengan seorang pengasas produk kosmetik dan mempunyai dua orang cahaya mata.

Memetik Kosmo, Syihan Hazmi memulakan langkah dalam bidang bola sepak apabila memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil pada tahun 2012 sebelum menyertai pasukan Harimau Muda C pada 2013.

Syihan kemudian melebarkan sayap apabila menyertai Kelantan U-21 antara tahun 2015 hingga 2017 sebelum menyertai pasukan Negeri Sembilan FC ketika ini dengan menggunakan baju bernombor 33.

SUMBER: Kosmo! & TikTokĀ