Sebut sahaja Running Man, rancangan itu masih kekal popular meskipun sudah hampir 12 tahun bersiaran dengan beberapa ahli silih berganti.
Baru-baru ini, YouTube rasmi Running Man ada berkongsikan satu klip pendek dari episod terbaharu memaparkan semua ahli bermain permainan “Of Course”.
Buat peminat hiburan Korea, pasti sudah tahu mengenai permainan tersebut dimana ianya melibatkan kutuk-mengutuk antara satu sama lain.
Bagaimanapun, tindakan Yang Se Chan ‘mengutuk’ Jeon So Min mengundang kritikan netizen apabila pelawak itu memanggil So Min ‘hodoh’.
Yang Se Chan: Awak tahu awak hodoh. Betul ke?
Jeon So Min: Sudah tentu!
Tidak hanya setakat itu, Se Chan turut menyebut mengenai isu bekas teman lelaki So Min serta menyebut pekerjaannya yang ditapis oleh pihak produksi.
Yang Se Chan: Tentang [ditapis, bekas teman lelaki Jeon So Min]… Kami masih berhubung, anda tahu itu. Betul ke?
Jeon So Min: Sudah tentu… (Berpaling kepada Yoo Jae Suk)
Yang Se Chan: Hyung, saya rasa dia menangis?!
Melihatkan So Min berjaya melalui serangannya itu, Se Chan mencuba lagi mencuba lagi dengan bertanyakan kepada pelakon itu sama ada dia “berfikir tentang (nama bekas teman lelaki) semasa merakam adegan ciuman” dalam K-Dramanya yang sedang disiarkan, “Show Window: The Queen House”.
Dapat dilihat So Min seolah tidak selesa dengan pertanyaan Se Chan itu. Walaupun So Min cuba untuk menjawab, Yoo Jae Suk menamatkan permainan dengan mengisytiharkan Se Chan telah menang.
Tindakan Se Chan itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan tindakannya itu tidak sensitif dan agak melampau apabila menyentuh mengenai bekas kekasih. Tidak kurang juga ada yang meminta Se Chan membuat permohonan maaf kepada So Min.
SUMBER: DaebaKing