Penumpang Tertinggal Gigi Palsu Dalam Tren, Perkongsian RapidKL Buat Ramai Terhibur

Bagi mereka yang biasa menaiki tren, melihat insiden barang tertinggal oleh penumpang lain menjadi perkara biasa. Namun, barang yang ditinggalkan kali ini sememangnya luar biasa.

Terbaru, pihak RapidKL memuat naik perkongsian di Twitter mereka apabila penumpang tren laluan Kelana Jaya tertinggal gigi palu di dalam tren berkenaan.

Malah, menerusi entri tersebut turut dimuat naik gambar gigi palsu berkenaan elok sahaja terletak di atas kerusi di dalam bekas.

Seperti sudah dijangka perkongsian RapidKL itu membuatkan netizen terhibur. Malah, ada yang bergurau mengatakan mungkin ianya milik lelaki dalam filem Lagi-Lagi Senario yang hilang gigi palsu ketika makan roti canai.

https://twitter.com/IrfanIbnuAziz/status/1412708657301581829

Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan bagaimana boleh tertinggal dan tidak perasan. Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa kasihan kerana pasti pemilik gigi tersebut sukar untuk makan.

Sementara itu, ramai berharap pemilik gigi palsu berkenaan sedar dengan perkongsian tersebut dan menuntut semula barang miliknya kerana gigi palsu bukannya murah.