Penunggang Motosikal Selamba ‘Sound’ Pemandu Kereta Lambat Sentuh Kad Touch n Go

Sehingga kini ada sahaja cerita kita dengar apabila ada penunggang motosikal menggunakan Touch ‘n Go dan SmartTAG meskipun sudah disediakan laluan untuk motosikal.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu sekaligus menyusahkan pengguna kenderaan yang menggunakan lorong tol berkenaan.

Seperti video tular dikongsikan oleh seorang pengguna lorong Touch ‘n Go ini dimana penunggang motosikal di hadapannya menunggunya untuk membuka palang tol bagi membolehkan dia keluar.

https://twitter.com/twtcctv/status/1534383090256457728?

Difahamkan, terdapat dua penunggang motosikal sedang menunggu kenderaan di belakang untuk menyentuh kad Touch ‘n Go supaya mereka boleh melepasi palang.

Namun pengguna itu dilihat pelahan-lahan menghampiri kedua penungang motosikal itu dan salah seorang penunggang cuba sengetkan motosikalnya untuk melepasi palang berkenaan.

Mungkin kerana sukar untuk berbuat demikian penunangg itu dilihat menunding-nunding tangan ke arahnya meminta agar menyentuh kad Touch ‘n Go untuk membuka palang.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan kedua penunggang motosikal kerana tidak menggunakan lorong motosikal yang disediakan.

Kata netizen lagi, jika pemandu berkenaan berbuat demikian dan motosikal itu keluar terlebih dahulu, perlu buat bayaran sekali lagi.

SUMBER: Twitter