Penyu Dibunuh Kejam Di Terengganu, Perut Terbelah

Kejam! Itulah yang dapat digambarkan apabila seekor penyu hijau atu penyu Agar berina ditemui mati dipercayai dibunuh di Pulau Kapas, Marang, pada Rabu lalu. Lebih menyedihkan, penyu betina itu ditemui dalam keadaan perut terbelah dan lehernya dikelar.

Difahamkan, bangkai penyu bersaiz 73 sentimeter panjang itu ditemui terapung oleh pengusaha resort pulau peranginan berkenaan pada pukul 2.50 petang.

Setiausaha Persatuan Pemuliharaan Pulau Kapas, Mohd. Farith Rezza Isa berkata, pihaknya percaya penyu itu baru dibunuh memandangkan kesemua organ dalaman masih dalam keadaan baik.

Ujarnya lagi, pihak mereka tidak menolak motif pembunuhan reptilia itu mungkin disebabkan aktiviti pengambilan telur menerusi kaedah membelah perut. Katanya lagi, tindakan kejam itu dipercayai dilakukan nelayan warga asing.

Dalam pada itu, pihaknya juga turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan membuka kertas siasatan agar perkara tersebut tidak lagi berulang apatah lagi kegiatan mencuri telur penyu sudah sampai tahap membunuh.

SUMBER: Utusan