“Perempuan Terlalu Liar! Pakai Seksi” – Ini Jawapan Lelaki Jadi Punca Kaum Wanita Marah Sangat

Tidak dinafikan isu gangguan seksual bukanlah perkara baru yang diperkatakan. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa tanpa mengira usia. Malah, perkara itu juga sering menjadi perdebatan kaum lelaki dan wanita.

Baru-baru ini, tular social experiment dilakukan oleh sekumpulan lelaki di laman YouTube dimana mereka menemubual kaum lelaki mengenai isu tersebut. Kebanyakan lelaki mengatakan punca terjadinya gangguan seksual adalah salah wanita itu sendiri.

Ada yang mengatakan perkara itu berlaku kerana wanita itu sendiri yang berpakaian seksi dan terlalu liar sehingga menarik lelaki melakukan gangguan seksual.

“Perempuan sekarang dah liar..kadang-kadang lelaki tengok perempuan pakaian seksi-seksi, tak cukup kain buat lelaki nak dekat lah,” kata seorang lelaki.

Seperti sudah disangka, jawapan diberikan itu mengundang kemarahan netizen terutama dikalangan wanita yang tidak berpuas hati apabila mereka pula dipersalahkan.

Tidak kurang juga ada segelintir lelaki yang ditemubual mengatakan punca isu itu terjadi disebabkan ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap pemakaian anak perempuan.

Namun, ada yang mengatakan ianya salah lelaki sendiri kerana ada sahaja wanita yang berpakaian longgar namun gangguan seksual masih boleh terjadi.

SUMBER: YouTube