Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Dilaksana Seluruh Negeri

0
7337

Menerusi sidang media sebentar tadi, kerajaan mengumumkan Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bermula 9 November ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB dilaksanakan untuk tempoh 4 minggu hingga 6 Disember ini.

Ia selepas mendapat penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan peningkatan ketara kes Covid-19.

Jelasnya lagi, semasa PKPB berlangsung, rakyat tidak dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri seperti SOP sebelum ini termasuklah bilangan menaiki kenderaan hanya dibenarkan dua orang dalam satu kereta.