Peritnya Percintaan Jarak Jauh, Gadis 16 Tahun Temu Bahagia Selepas Bertunang

Benar apa dikata bahawa cinta itu tidak mengenal usia. Bagi setiap pasangan yang bercinta pasti mereka mahukan hubungan yang tercipta akan sampai ke jenjang pelamin dan hingga ke anak cucu.

Boleh dikatakan trend berkahwin muda sudah menjadi kebiasaan anak-anak muda masa kini. Seperti gadis berusia 16 tahun ini, meskipun masih budak sekolah namun ia tidak menghalang membawa hubungan cinta ke arah yang lebih serius.

Menerusi aplikasi TikTok, gadis dikenali sebagai Shaetah ini berkongsikan video majlis pertunangannya yang baru sahaja berlangsung.

@shaeetah_Balas kepada @sayaalessa ##capcutapp ##fypsounds ##fyppppppppppppppppppppppp ##foryoupage ##smilestrong2021 ##fypdong ##fypシ ##fypシ゚viral♬ bunyi asal –

Menurutnya, dia dan tunang melalui fasa hubungan jarak jauh dimana dia berada di Kedah, manakala tunangnya duduk di Pulau Pinang.

Hampir setahun menjalin hubungan jarak jauh, pasangan itu membuat keputusan untuk bertunang dan mendapat restu kedua belah keluarga.

Perkongsian gadis itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang gembira dan ada yang tidak sabar untuk berkahwin di usia muda juga. Malah, ramai mendoakan agar hubungan yang dibina dipermudahkan sehingga ke jenjang pelamin.

SUMBER: TikTok