Perkongsian Lelaki Ini Dedah Situasi Sebenar Di Pusat Kuarantin MAEPS Serdang

0
7609

Baru-baru ini ramai yang bimbang apabila melihatkan keadaan di Pusat Kuarantin MAEPS Serdang. Ada yang menyatakan rasa takut selain mempersoalkan banyak perkara berkaitan situasi di sana.

BACA: Ini Keadaan Sebenar Pusat Kuarantin MAEPS Serdang, Sesak & Membimbangkan

Syukurlah terdapat satu perkongsian di laman sosial yang sedikit sebanyak memberi gambaran yang lebih dekat tentang keadaan di sana.

Menurut pemilik akaun Afifie Chan di Twitter, dia mula berada di pusat kuarantin tersebut pada 7 Januari. Jujurnya perkongsian ini memberikan gambaran sebaliknya berkaitan pusat ini.

Kami ringkaskan beberapa perkara sebelum anda boleh layan thread Afifie ini di Twitter:

1. Nampak sesak tapi sebenarnya selesa
2. Penghawa dingin diakui sejuk
3. Makan 3 hari sekali
4. Dewan warga tempatan tidak disekalikan dengan dewan warga asing
5. Kesemua yang dikuarantin bersemangat

Ada banyak lagi situasi sebenar yang anda boleh tonton sendiri di bawah ini (klik pada tweet). Kami sangkakan suasana muram tapi daripada beberapa perkongsian lelaki ini, ternyata mereka semua berada dalam keadaan yang bersemangat lagi-lagi apabila ada orang baru masuk.

Apa pun, sama-sama kita doakan kesihatan terbaik buat mereka yang dikuarantin. Buat warga Malaysia sekalian, semoga kita sama-sama mengharungi waktu sukar ini bersama-sama. Tiada apa yang kekal, termasuklah waktu sukar.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.