Semalam, skuad Harimau Malaya berjaya melakar kemenagan apabila membenam pasukan Kemboja 3-1 dalam alam aksi sulung Kumpulan B Piala AFF.
Namun apa yang lebih menjadi perhatian apabila penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Guilherme de Paula dilaporkan tidak digembira selepas dikeluarkan.
Malah, penyerang naturalisasi itu dikatakan mempamerkan sikap kurang baik dan telah mendapat perhatian Gabriel Tan, General Editor untuk ESPN.
Menerusi perkongsian di Twitter, Gabriel Tan yang berada di stadium berkata pemain itu kelihatan bengang dan membaling botol di bangku simpanan.
“Guilherme de Paula kurang gembira ketika digantikan, entah mengapa dia dilihat merenung tajam penyokong-penyokong Malaysia yang memberikan tepukan gemuruh kepadanya, sebelum membaling botol air di bangku simpanan,” tulisnya.
Namun, lain pula reaksi penyokong gembira yang seolah gembira apabila pemain itu tidak beraksi. Menerusi ruangan komen di Oh Media, ada yang mengatakan lebih gembira jika pemain itu digugurkan dari skuad. Malah, ada yang meninggalkan komen meletakkan tanda pagar Depaulaout
Semalam, gol pasukan negara telah dijaringkan oleh Safawi Rasid di minit ke-23 menerusi sepakan penalti, Akhyar Rashid (minit ke-61) dan R. Kogileswaran (minit ke-79) sebelum Kemboja meraih gol seaguhati di hujung perlawanan.
SUMBER: Oh Media