Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok yang dikongsikan oleh @aerinraizam memaparkan dia dan rakannya pertama kali membeli minuman Starbucks.
Bagaimanapun, video tersebut menjadi perhatian ramai kerana gadis itu membuat luahan mengenai pengalaman mereka itu.
Apa yang berlaku, mereka hanya bersetuju dengan apa sahaja yang dicadangkan oleh barista untuk minuman mereka. Gadis itu akui terkejut apabila minuman yang dipesannya bernilai sehingga RM34.
Video tersebut mendapat lebih 200,000 tontonan. Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib menimpa gadis itu serta berkongsikan pengalaman sama.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan buat mereka yang kali pertama membeli, mereka akan mengiyakan sahaja apa yang dicadangkan oleh barista.
SUMBER: TikTokĀ