Pertikai Sumbangan Wanita Berpendidikan Tinggi, Prof Muhaya Dikecam Lagi

Baru sahaja reda dengan kenyataan ‘bodoh-bodoh sikit’, nampaknya nama pakar motivasi Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad menjadi bualan ramai lagi.

Bagaimanapun, kali ini isu lain pula yang timbul apabila menerusi satu rakaman tular, Dr Muhaya seolah merendahkan martabat wanita bekerjaya.

“Ada ke super girl, girl-girl? Usah bajet baguslah you alls. I’m a career woman, Allah…sudahlah. Tak ada dalam Al-Quran wanita paling berharga, wanita paling bekerjaya. Sorry.

“Wanita solehah nilai dia lebih besar daripada dunia seluruh isinya. You all ni sibuk nak challenge, challenge,” katanya.

Dalam video tersebut, Dr Muhaya mempersoalkan sumbangan wanita berpendidikan tunggi terutama sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bonda nak tanyalah sekarang ni, orang ada akademik tinggi dapat apa masa PKP ni? You tell me. Apa manfaat, nak bajet bagus, I pandai, I PhD…apa manfaat pada orang?” katanya.

Seperti sudah disangka, klip video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen sehingga sekali lagi mengecam pakar motivasi tersebut.

Malah, ada segelintir netizen mempersoalkan kenyataannya itu memandangkan beliau juga merupakan seorang profesor dan doktor mata.

Terdahulu, Dr Muhaya memohon maaf secara terbuka menerusi media sosialnya di atas salah faham yang timbul selepas dikecam teruk oleh netizen.

SUMBER: mStar