Pertikai Van Jenazah Guna Lampu Kecemasan, Gadis Ini Dikecam Teruk

Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial mengenai status yang dimuat naik seorang gadis yang mengundang kemarahan ramai.

Menerusi status dimuat naik di Twitter itu, gadis berkenaan mempersoalkan perkara yang agak sensitif serta menyentuh isu yang tidak sepatutnya.

Gadis itu mempertikaikan kenapa van jenazah perlu ada lampu kecemasan sedangkan tiada apa yang perlu dikejarkan lagi kerana sudah meninggal dunia.

Mungkin niatnya hanya ingin bertanya namun status gadis berkenaan dikecam teruk oleh netizen yang menyifatkan tindakannya tidak beradab.

Kata netizen, sepatutnya gadis itu perlu tahu mengenai soal pengebumian jenazah dimana perlu dilakukan secepat mungkin dan disebabkan itu lampu kecemasan diperlukan.

Dalam pada itu, netizen mengatakan pihak van jenazah tidak hanya menguruskan satu jenazah sahaja dalam sehari dan perlu mengejar masa.

Tidak kurang juga ada yang memberikan komen sindiran mengatakan jika gadis itu menjadi jenazah tidak perlu guna lampu kecemasan dan biar sahaja menghadap jalan sesak serta lambat dikebumikan.

SUMBER: Twitter