Petik Nama Blackpink Dalam Lirik Tak Senonoh, Namewee Dikecam Netizen

Nama Namewee tidak dapat dipisahkan lagi dengan kisah kontroversi bermula dari lahirnya lagu Negarakuku dan beberapa lagi video yang mencetuskan perdebatan dan pertikaian terutamanya masyarakat Melayu

Kemudian tahun lalu, filemnya yang berjudul BABI telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak sehinggakan laporan polis dibuat terhadapnya.

Nampaknya, Nameweee tidak lekang daripada kontroversi panas apabila video terbarunya berjudul “You Know Who Is My Father” bekerjasama dengan me88, platform judi kasino online mengundang kecaman netizen.

Tujuan video tersebut didakwa sebagai parodi untuk menggambarkan bagaimana kehidupan orang kaya di Malaysia.

“The moral of the song – Don’t play play with rich people, they can PIAK your face anytime they want, even in the steamboat restaurant…”

Namun, lebih mengundang kemarahan ramai apabila ada lirik tidak senonoh memetik nama kumpulan K-Pop terkenal Blackpink berbunyi,”Asyik tengok Blackpink dan melancap”.

Rata-rata netizen menyifatkan lirik tersebut merendahkan kaum wanita dan sangat melampau. Malah, ramai meminta Namewee membuat permohonan maaf kepada Blackpink serta para wanita.

Setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Namewee mahupun syarikat yang terlibat.

https://youtu.be/lB6SFg3uTq8