Petugas PPV Ambil Nombor Telefon Tanpa Kebenaran, Ramai Wanita Dedah Diganggu

Umum mengetahuin, kini sedang giat dijalankan program vaksinasi di seluruh Malaysia. Namun ada cerita tak sedap didengar apabila data peribadi penerima vaksin diambil tanpa kebenaran.

Hangat diperkatakan apabila petugas PPV dikatakan mengambil nombor telefon bimbit wanita yang didaftarkan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) tanpa kebenaran.

Memetik laporan MalaysiaKini, ramai wanita tampil mengatakan mereka menerima mesej peribadi yang tidak diingini daripada kakitangan yang bertugas di PPV.

Seorang wanita bernama Ayu Syazreen Azmin mendedahkan dia diganggu oleh seorang petugas ketika menghadiri temu janji vaksin di Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam pada 31 Mei lalu.

Menurutnya, lelaki yang berada di kaunter pendafaran itu ertanya dan bercakap perkara yang tidak berkaitan dengan vaksinasi Covid-19.

Elakkan dirinya terus diganggu, Ayu terpaksa berbohong mengatakan dirinya sudah berkahwin. Namun gangguan tidak berhenti setakat itu apabila lelaki berkenaan menghantar mesej kepadanya pada hari yang sama.

Seorang lelaki wanita mendedahkan di Twitter dimana dia dihubungi lelaki yang sama selepas mendapatkan janji temu vaksin di PPV berkenaan.

“Hai JKJAV (perkara) yang sama berlaku di IDCC Shah Alam. Sangat tak profesional untuk curi nombor saya tanpa kebenaran saya!

“Saya harap tindakan disiplin juga diambil. Tiada sesiapa sepatutnya melalui perkara seperti ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki dikenali sebagai Idris turut membuka cerita apabila adik perempuannya berusia 18 tahun dihubungi kakitangan PPV Pusat Dagangan Dunia (WTC) selepas menerima suntikan vaksin pada 13 Julai.

Ujarnya, dia turut kesal apabila nombor telefon adiknya diambil tanpa kebenaran serta meminta pihak berkuasa mengambil tindakan kerana ianya melanggar privasi.

Malah, seorang lagi lelaki turut memberitahu adik perempuannya juga turut dihubungi oleh lelaki yang sama di PPV di PWTC serta mendesak tindakan diambil terhadap petugas berkenaan.

Susulan aduan berkenaan, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) memaklumkan tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas tersebut namun tidak menyatakan secara terpeinci.

“CITF ingin memaklumkan bahawa tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas tersebut oleh agensi beliau, yang mempunyai dasar tiada tolak ansur dengan tingkah laku seperti yang telah dilaporkan,” katanya.

SUMBER: MalaysiaKini, Twitter